| ni masa mula2 kami kenal.. |
Begitu asyik menjalani hariku..sekejap suka
sekejap duka..sedang dia sakit sendirian..aku tak pernah ambil peduli
kerana aku sibuk dengan kehidupanku..apatah lagi bila aku sudah
mempunyai keluarga sendiri..aku pernah diperli satu ketika dulu "jangan
mudah bangga dengan kebahagian yang aku kecapi"..dia seorang adik yang
sungguh baik tingkah lakunya..senang aku katakan dia bagaikan sempurna
sifatnya..lengkap bijak orangnya dan bagus juga ilmu agama..seorang yang
sederhana. tak pernah sekalipun sepanjang perkenalan kami aku lihat dia
marah mahupun menangis..dia hanya tersenyum biarpun badai menimpa
dirinya. bermula dari mendaki gunung anjuran kelab kembara uitm dungun,
disitulah kami mula menjalinkan persahabatan.dia sudah jadi macam adik
beradikku..kami sekeluarga mengenalinya. saban petang kami selalu
lepak-lepak di teluk gadung..dia suka dengar aku cerita pengalaman aku
mendaki gunung..konon-kononnya aku lah sifu gunung buat dia..dia sangat
minat nak mendaki
lagi..tapi kerana satu masalah peribadi dia tak dapat penuhi hajat tu..aku pernah janji bila sumpahan itu berakhir,
aku akan bawa dia mendaki gunung bersama kawan-kawan yang lain. selain
dari menjadi sifu gunung buat dia, dia jadikan aku bagaikan sumber
inspirasi buat dia..dia pernah mintak beg kuliah aku. katanya nak ambik
semangat aku. selepas aku grad diploma tu, aku serahkan beg aku tu..dia
pakai sampailah rosak. dia sangat hargai pemberian aku tu. kalau nak
exam dia mesti akan call aku suh cakap good luck..aku pun tak tahu
kenapa aku jadi sumber inspirasi dia sedangkan aku bukan pelajar yang
bijak pandai macam dia..dia DL every sem.setelah aku grad dia masih lagi
dekat kampus tu sbb masa tu dia baru part 1 masa kami kenal.aku dah
part 6. bila dah grad aku dah jarang ke uitm dungun. tapi ada la juga
pergi melawat sebab kakak aku lecturer kat situ..bila pergi sana aku
mesti akan jumpa dia..seronok betul dia dapat jumpa aku..macam-macam nak
cerita. kesian pula aku tengok dia beriya-iya nak bercerita pada aku.
katanya aku lah tempat dia bercerita..aku sampai sekarang pun tak faham
kenapa budak sebaik dia diuji bertubi-tubi. kenapa ada yang sanggup
menyakiti dia. tapi alhamdulillah dia berjaya menamatkan diploma dia
walaupun semester2 akhir tu kesihatan dia sangat tidak mengizinkan.tapi
dia masih berjaya mendapat result yang cemerlang. seingat aku
kali terakhir aku jumpa dia waktu bagi kad kahwin. lepas tu kami dah
tak berpeluang untuk berjumpa lagi. jarang-jarang sekali ada la juga dia
call aku. nak harapkan aku memang menyepi macam
tu je la..itulah kelemahan aku.tak pandai nak jaga hubungan
persahabatan.bila dah jauh aku mudah lupa. sedangkan dia sangat berharapkan aku terutama sekali bila dia dalam masalah. perbualan terakhir kami
setahun yang lalu bilamana dia beritahu aku dia sakit. dia berhenti
belajar degree. dia cakap dia tak larat. ada masalah kewangan dan
kesihatan yang amat tak mengizinkan. dia taknak menyusahkan kawan-kawan serumah.
aku pun tak faham kenapa hidup dia sangat dasyat. seorang yang cukup
sempurna. diuji begitu tragis. hari ni sedang aku asyik melayani kerenah
hidup aku, aku mendapat berita dia sudah pergi buat selama-lamanya. ya
Allah, entah kenapa perasaan terkilan menikam jiwa aku. aku tak dapat
melarikan diri dari rasa bersalah seribu tahun pun. kerana aku tahu dia
sangat perlukan aku.perlukan sokongan moral dari aku. tapi dimana aku
diwaktu dia sedang bertarung dengan maut. airmata tak dapat menghapus
rasa bersalah aku. aku tahu dialah seorang adik juga sahabat yang paling
sayang aku dan tidak mengharapkan apa-apa dari aku selain sokongan
moral. kini dia dah tiada. maafkan kak rozi Ayie..
| kami selalu study sama2 |
| semoga kau bahagia disana |

















